Peristiwa 1973 di Malaysia

  • Februari - KFC Malaysia membuka cawangan pertamanya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
  • 15 Mac - Ampang Park, pusat beli-belah pertama Malaysia dibuka kepada umum.[1][2]
  • 21 Mei - Pembukaan rasmi Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.
  • 29 Mei - P. Ramlee meninggal dunia.[3][4][5]
  • 6 Julai - Pembukaan rasmi Kuala Lumpur Hilton oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.
  • 2 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail meninggal dunia. Beliau dikebumikan di Makam Pahlawan, berdekatan dengan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Beliau adalah pemimpin negara pertama yang disemadikan di sini.
  • 3 Ogos - Dato' Hussein Onn dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
  • 8 Oktober - 42 orang, kebanyakannya kaum India, telah terkorban apabila 200 kaki panjang batu kapur papak jatuh dari tebing runtuh dan terhempas ke sebuah kampung di Gunung Cheroh, Ipoh, Perak.